PENGEMIS CINTA ILLAHI

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu...

Monday, 2 August 2010

DUGAAN DI AWAL SEMESTER...

Assalamualaikum semua...dah lama tak tengok blog, rindu pula nak mengungkap kata2 dan menceritakan berita yang baru pada yang sudi membaca, huhu..kesian kat blog ni, macam tak bertuan pun ada ciri2 dah ni, huhu..masuk hari ni dah dekat sebulan aku berada di terengganu ni tuk meneruskan tugasku yang amat penting iaitu "BELAJAR"...dah masuk sem 5 pun, alhamdulillah ya Allah..tak sedar pun dah 2 tahun merantau kat tempat org ni semata2 tuk menimba ilmu dan tuk mencapai cita2 aku sendiri, ibu dan ayah...insya allah segulung ijazah yang aku idam2kan itu akan menjadi milikku pertengahan tahun depan 2011, amin...doa tuk kwn2 yang lain juga..nak cerita kat sini kisah benar la ni, dekat 4 minggu keluar masuk kuliah aku rasa kepala aku ni still juga kosong, huhu..setakat ni subjek yang aku dah mula minat KTD, sosiologi...perbandingan agama (sebab ustaz ni senyuman dia comel) hihi...taklah memang minat betul kursus ni...kursus yang lain 2 masih di awangan la, susah nak gapai, huhu..bukan tak minat nak belajar cuma semangat ni masih belum berada di tahap yang paling maksimum..still minimum dan lemah sangat...masih ingat kenangan 2 bulan yang lalu masa buat latihan industri (praktikal)...boleh jer suka2 dan bergembira...sekarang ni bukan tak bolek ketawa tapi kena control 2 yang payah, huhu..semua benda kena settle, siap sedia tuk banyak perkara dan dugaan tuk sem ni pula...tak boleh jadi macam sem lepas, result jatuh...sem ni kena usaha lebih sikit, tumpukan perhatian pada pelajaran...jgn nak ingat benda2 yang lain mai!!! 2 semua tak penting buat masa ni...ni lah namanya dugaan awal semester, ingat nak enjoy jer, huhu..sebab awal lagi kan, baru 4 minggu...puasa dulu, sambut raya dulu kat kampung pas 2 baru kita bertungkus lumus...huhu...2 apa yang aku fikir dan rasa sekarang ni, benda ni tak betul pn, hihi...aku tengok kwn2 yang lain dah panas enjinnyerrr...aku juga yang masih di posisi yang sama, laporan tuk LI ni tak tahu kabar berita...dapat mesej nak buat malam ni pula..layan jela yang penting lepas ni takde lagi aku dengar pasal laporan2 ni, dah naik muak wei, huhu...tapi takpe la 2 kn tugas..amanah 2, takkan nak bagi kwn2 yang lain je buat kan, tak sedap pula lau macam 2...kena kuatkan semangat mai..ni baru permulaan, pas ni lagi banyak tenaga yang kau perlukan tuk merungut pasal test la kuiz la..assignment la...macam2 benda lagi yang kau akan rasa lepas ni...(tengah bagi semangat kat diri sendiri ni) hihi...jadi jangan buang tenaga atas benda2 yang tak sepatutnya kau rungutkan..contohnya LAPORAN LI ni...yang penting siapkan cepat deh, jangan nak tangguh2 lagi benda 2...chaiyok2 mai!!!...malaysia kan boleh takkan mai tak boleh pula kan, huhu..banyaknya lah dugaan dan rintangan sem ni, ni baru nak kenal sem 5...lau dah jadi kawan, nak melalui hari2 yang mendatang bersama lagilah banyak karenahnyerrr...falsafah sikit,hihi...dah la malas pula nak memanjangkan kata2 kat sini, baik buat kerja lain lagi bagus...kpd kwn2 yang lain terutama sekali my besfren "kak dila ngan fiza" chaiyok2 tuk sem ni, belajar rajin2 sem depan kita naik pentas sama2...kita ambil sijil dekan, insya allah...amin ya allah...lagi 2 sem kita nak habis belajar, biarlah semua kenangan yang kita lalui bersama dan yang akan tercipta di masa belajar ni indah2 belaka..jangan ada sengketa antara kita, luv u all =)

Wednesday, 14 April 2010

Resah menanti...

Emmm, exam tak lama lagi tapi aku masih di posisi yang sama, huhuhu...takda perubahan langsung hari ni dengan semalam...malas semacam pas 2 banyak sangat ketawa, bergurau dan menyakitkan hati orang...pada kawan2 yang mungkin terasa hati ataupun yang tersinggung, berjuta kemaafan aku pohonkan...korang fahamkan macam mana aku ni, gila2 sikit jadi lau dah gurau 2 macam tak ingat dunia, huhu...maaf sekali lagi mungkin lepas ni kena senyap sikit tak pun jadi budak baik mai!!!! pasal study pula aku tak buka lagi pun buku2 yg berlambak atas meja aku ni, tak tau la napa macam takda semangat je ni...dengan hafalan yang tak jenguk pun lagi, timbunan kertas2 yang masih juga menjadi khazanah alam, huhu... hari ni bagus sikit dari semalam sebab boleh pula bangun awal pas 2 basuh baju, sarapan awal...tapi yang tak best buku yg tengok aku, dengan test utk hari ni aku tak baca, huhu....jap lagi la baru tengok slide budak2 ni...kena merajinkan diri mai!!!!!! paper utk exam sem ni pun takde gap, rasa nak tukar jer jadual2 ni...tapi nak buat macam mana, dah itu yg ada utk kami, terima sebagai satu cabaran mai!!! jangan menyempitkan fikiran, pandang jauh sikit ke depan, lau ada gap lama2 pun sama jg tak belajar...jadi better buat macam 2 kan??? exam dah nak start tapi aku tak panaskan lagi pun enjin, macam mana nak berlumba nanti??? nanti mesti kalah!!! huhuhu... mesti tertinggal jauh di belakang...huhuhu...penantian yang sungguh menyeksakan!!!! cepat datang hari yg aku tunggu2 lau ko tak datang selagi 2 la aku ni masih macam ni, tak dapat nak push langsung....resah, tak senang duduk, ternanti2 apa soalan yang akan keluar tapi takde pun usaha nak belajar, rasa macam tak sedar diri pula kan, hehe...dah tak sedia apa2 nak pula hari yg mendebarkan 2 cepat2 datang....ish3, betulkan otak 2 sikit....wake up mai!!!! jangan nak berangan jer...cakap pasal tak sedar diri ni ingat pula dengan buku yg aku baca pagi tadi "bahtera penyelamat" yg dalamnya ada tertulis tentang Rasulullah s.a.w yg menceritakan tentang kandungan Shahifa Musa yg kandungannya penuh dengan ibarat dan pengajaran...rasa terkena pula dengan kata2 ni, huhu... kata2 2 berbunyi begini "aku merasa aneh terhadap orang yang yakin akan mati tetapi ia bergembira, orang yang yakin dengan neraka tetapi ia ketawa, orang yang yakin dengan qadar tetapi masih menolaknya...aku merasa aneh melihat orang yang menginsafi hakikat dunia dan melihat sendiri akan putaran rodanya terhadap penghuni2nya tetapi masih merasa lega utk merangkulnya...aku hairan dengan orang yang yakin dengan perhitungan Allah kelak (hari kiamat) tetapi ia tidak berbuat apa2"....kata2 ni aku tujuan buat diri ni yg memang sentiasa alpa dan rasa selamat dengan apa yang dimiliki sekarang ni, huhu...aplikasi dari kata2 ni terlalu banyak maknanya utk diri aku sekarang ni terutamanya "dah tau nak exam tapi tak juga baca buku"...banyak lagi la...mari kita sama2 muhasabah diri ok...mudah2an penantian kita semua diisi dengan segala perkara yang bermanfaat dan kita tidak mensia2kan peluang yang telah diberi utk kita menjalani hidup ini dengan lebih baik....amin...doakan perjalanan hidup kita ni sentiasa berlindung di bawah rahmat Illahi...

Monday, 12 April 2010

Tournament GOLF

Ni adalah projek akhir kami utk koko sem ni "GOLF"...dah lama buat ni, minggu lepas lagi...saja nk berkongsi pengalaman dan memaparkan kenangan yg kami lalui sepanjang tournament hari tu....mmg satu kenangan yg indah....




sempat lagi bersuka ria dlm keta ni...dah lupa nama benda ni, hehehe...




3 sahabat...semoga persahabat kita berkekalan hingga ke akhirnya...amin...






berhujan, berpanas, berembun kat padang, huhuhu...




bersiap2 nk g jaga padang ni "bersedia berkhidmat"...


Study Week...

Penat tol nak habiskan hari2 skrg ni,huhu...bknnya blajo pn ntah pa2 yg aku buat ni...ya Allah bantulah hambamu yg lemah ini, beriknlah aku kekuatan utk menempuh hari2 ku skrg dan yg mendatang...bekalkan aku semangat yg kuat ya Allah, cetuskanlah inspirasi ke dlm dadaku ini...tak tahu apa yg jadi skrg ni,malas sangat nk buka buku, nak menghafal lagi la...pagi tadi baca sikit je dah ngantuk, huhuhu...bila nk berubah ni mai????wake up, u r in critical time!!!! jgn lupa cita2, dan jg harapan mak ayh!!!kwn2 tlg la aku...tak tahu nk buat apa ni....td nk buka web library utk tngk exam paper yg lepas2,tp tak dapat pula...menambahkan kemalasan dan kelemasan diriku!!!! ya Allah tiupkanlah semangat ke dalam diriku utk menghabiskan sisa2 sem ni,tak sampai sebulan lagi ni, pas ni boleh balik kg!!!bersusah-susah dahulu mai, bersenang-senang kemudian!!! apa2 pun hanya kita yg mampu dan boleh mengubah diri kita sendiri, org lain tak boleh bantu lau kita sendiri takda keinginan utk berubah...ingat 2 mai!!!
"jika kita menginginkan sesuatu,tanamkan dalam jiwa tekad yg kuat utk memperolehinya....apabila semangat sudah kukuh, sudah pasti impian menjadi kenyataan biarpun mungkin tidak secepat yg diharapkan"....
"yg penting dalam mengharungi cabaran kehidupan ini ialah keberanian...dengan keberanian apa pun halangan boleh ditempuhi...kita jangan merasa takut utk mencuba meneroka apa saja peluang dan potensi yg ada dalam diri...krn ketakutan adalah awal kegagalan..."

Thursday, 8 April 2010

Hari terakhir....

Terlalu sedih utk menghabiskan hari ni,huhuhu....di saat2 akhir kuliah sem4 ni banyak sangat dugaan...kena kuatkan hati dan tabahkan jiwa raga utk melalui semua ni....dari awal berbagai halangan yg terpaksa di tempuhi tapi bila dah sampai saat akhir ni lagi payah sebenarnya...susah nak layan perasaan yg semacam jer ni,huhuhu....sedih jg nak tingglkan sem ni,banyak sangat kenangan yang terlakar sepanjang waktu kuliah nak lepas assignment semua bukan perkara yg mudah,dengan test dan kuiz yg berlambak,huhuhu...rasa macam tak mampu nak lalui tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....syukur ya Allah...ni dah habis kuliah tapi ada 1 lagi assignment yg belum submit,huhuhu...berani mati kan???hehehe...tapi rasanya boleh kot siapkan sebelum hari sabtu ni,mengharap jer lebih ni...mudah2an dapat buat,amin...ptg ni ada satu majlis utk budak2 yg dpt DL,didoakan semua rakan2 bahagia dgn penghargaan tu nanti...dan diharapkan juga sem depan kita ramai2 naik pentas okay....amin....kita usaha sama2 yer...mudah2an hari2 exam nanti akan berlalu dengan baik dan kita dapat jawab semua soalan dengan baik ye...chaiyo2!!!buat yg terbaik...kpd kwn2 semua,org minta ampun dan maaf sekiranya sepanjang persahabatak kita ni ada yg tersinggung ke terkecil hati atau yg seumpamanya...minta maaf banyak2,halalkan semuanya ye...kwn yg senyap jer tanpa berita harap berbahagia selalu...ingat org sentiasa ada utk kwn2 semua....friendship 4 ever!!!akhir kata "selamat menempuh hari yg ditunggu pada 19/5 ni nanti...do the best 4 your exam!!!"

Wednesday, 7 April 2010

Minggu akhir kuliah....

lama rasanya tak jenguk blog....banyak sangat kerja yang nak di buat,huhuhu....lagipun sekadar meluah rasa dan menulis serba sedikit tentang apa yang berlaku dalam hidup ni....rasa lega sangat mampu melalui minggu2 kuliah yang kadang2 memenatkan, tapi kita kena akur dengan tanggungjawab dan tugas sebagai pelajar kan???hehehe...kena sedar diri sikit....sekarang ni dah minggun terakhir tapi masih banyak assingnment yang tak submit lagi, test setakat ni dah beres, alhamdulillah....syukur ya allah, kau beri aku kekuatan utk berdepan dengan ujian2 ni dengan penuh kesabaran walaupun kadang2 mulut ni mengomel juga, huhuhu....tanda2 tak redha kan, rasa berdosa pula...ahhhhh...lepas ni kena lebih berusaha untuk memperbaiki diri, kena muhasabah diri selalu mai...ingat!!! di minggu terakhir ni juga banyak sangat dugaan, rasa malas nak pergi kelas dan kadang2 masuk kelas tapi tak buka buku, kantoi kan....hehehe...tak tau la apa nak jadi ni....moga2 final nanti org dapat buat yang terbaik, doakan k...kpd kwn2 jangan lupa baca buku masa study week nanti...jadual exam kita padat sangat, tak boleh mengharap baca malam exam, nanti tak sempat...ingat tau!!! good luck juga menempuh minggu kemalasan ni, hehehe....org rasa tak mampu nak kongsi banyak benda kat sini,huhuhu...ntah la knp selalu rasa ngantuk...nak kata belajar tak juga, letih jer yg lebih...anyway doakan kejayaan kita bersama...jangan lupa minta restu mak ayah, guru2 kita...minta dorg doakan juga...moga keiayaan bersama kita dunia dan akhirat..amin....

Monday, 8 February 2010

Sedihnya Hati...

Salam, hai sume...dah masuk hari isnin dah kan?huhuhu...tadi aku dah penat taip post untuk hari ahad, tapi tetiba line jadi tak betul tak sempat nak save, huhuhu....tapi takpe la aku nak juga cerita apa yang aku nak post petang tadi, hehe...hati sedih sangat hari ni, tak tau la kenapa..dengan perut yang masih juga berdegil, tak nak sihat..ditambah dengan keadaan sekarang ni, rasa nak menjerit jer sepanjang masa...class cancel pagi tadi, dengan kelam-kabut sebab bangun lambat tetiba class takde, macam tension juga la...lepas2 kita orang pun pergila klinik...kebetulan ada sorang member ni demam, aku pun nak buat check-up...doktor 2 cakap aku takde pape just jangkitan kuman and then pasal nak demam 2 perkara biasa, huhuhu...tapi aku rasa macam luar biasa jer,haha...lepas 2 kita orang pergi timbang berat badan, bulan lepas berat aku naik tapi tadi terkejut juga berat aku turun dah...sampai 2 kilo dalam masa tak sampai 2minggu...memang rasa gembira tapi badan aku susut sebab sakit,huhu..aku tak pernah ada niat nak diet tapi alhamdulillah juga la...tak habis kat situ kesedihan yang menimpa aku (skema jer ayat)...ada lagi pula perkara yang lebih menyayat hati, huhuhu...kad bank aku pula takleh guna, tension giler tadi...dah la sekarang ni aku tengah kekeringan dan memang dah macam kat padang sahara dah ni,huhu...bm pun tak betul, marah cikgu aku (sorry yer cikgu)...apa2 pun pengalaman macam ni lah yang bakal mendewasakan kita kan?? pengajaran dari kisah ni,hehe...:
1-kena rajin jaga kesihatan diri
2-banyak makan sayur dan buah, jadi susah nak dapat jangkitan kuman
3-jaga makan, jadi taklah berat sangat,hahaha...
4-berjimat sikit...ni tak sume benda nak dibedal...masa darurat macam ni takde saving...baru padan muka,ahhhhhh....
5-belajar jadi lebih dewasa...jadikan setiap apa yang menimpa hidup kita pada masa ni sebagai pengajaran di masa hadapan....
okla, aku dah mengantuk ni...nak tido, esok class kul8 pagi.....salam

Labels: